sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan)
sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja (Kamus Umum Bahasa Indonesia)
Bentuk Pantun
menurut Za'ba (1960), tiap-tiap rangkap pantun terbahagi dua, separuh yang pertama dinamakan 'pembayang maksud' dan separuh yang kedua ialah maksudnya yang sebenar yang dibayangkan oleh separuh yang pertama itu. Pada pantun yang dua kerat, maka kerat yang mula-mula itulah pembayang maksud dan kerat yang kedua itu maksud yang sebenar. Pada pantun empat kerat maka dua kerat yang mula-mula itu pula pembayang maksud dan kerat yang kemudian itu maksud yang sebenar. Jadi pantun yang enam kerat dan delapan kerat pun demikian juga, iaitu dibahagikan dua betul-betul, tiga kerat atau empat kerat yang mula-mula itu jadi pembayang kepada maksud yang sebenar yang dikatakan terang-terang dalam tiga kerat atau empat kerat kemudiannya pula.
Contoh Pantun Dua Kerat
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Contoh Pantun Empat Kerat
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Contoh Pantun Enam Kerat
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisar tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
Bahan Rujukan:
Zainal Abidin Bakar (1992), Kumpulan Pantun Melayu Edisi Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
KurikKundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Muhammad Ariff Ahmad (2004), Mari Kita Berpantun (suatu petunjuk), Majlis Bahasa Melayu Singapura
Arena Wati (1965), Asas Pengetahuan Puisi, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur
Takrifan Pantun
Bentuk Pantun
Contoh Pantun Dua Kerat
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Contoh Pantun Empat Kerat
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Contoh Pantun Enam Kerat
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan;
Hancur daging berkisar tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
Bahan Rujukan: